Sunday 23 December 2012

soalan interaktif menggunakan powerpoint

salam semua.. untuk entri kali ini,saya ingin menunjukkan soalan interaktif yang telah saya reka.maaf atas kelewatan disebabkan oleh masalah teknikal.hahah.diharap rakan-rakan enjoy yaa.. "> jawapan betul: jawapan salah: ">

Friday 14 December 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang tugasan yang saya buat untuk subjek Teknologi Pendidikan,iaitu kami diarahkan untuk membuat kulit buku dengan menggunakan software tertentu,oleh itu,saya telahpun menggunakan software photoscape untuk mereka kulit buku tersebut,gambar pula saya ambil sendiri hasil daripada kelas fotografi..

gambar yang diambil hasil daripada kelas fotografi Teknologi pendidikan



Selepas itu,saya telah menggabungkan gambar tersebut menjadi satu keping bagi mereka kulit buku menggunakan photoscape,maka beginilah hasilnya:



Sunday 2 December 2012

Bahan Bantu Mengajar(BBM)

Salam semua,

Sedikit sebanyak saya ingin berkongsi dengana anda tentang tugasan yang telah saya buat dalam subjek Teknologi Pendidikan.Baiklah,saya telah mereka bentuk sebuah diorama iaitu sejenis binaan tiga dimensi(3D) yang menggambarkan keadaan sebenar.Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan sehingga dapat dilihat dari permukaan depan ataupun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung,di diri,atau dilekatka pada dinding kotak tersebut.Bahagian dinding kotak tersebut dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama.

saya telah mereka bentuk sebuah diorama berdasarkan habitat haiwan,di mana habitat tersebut menggambarkan  habitat haiwan di kutub utara ataupun di kawasan sejuk.

sasaran pelajar untuk BBM ialah:

  • pelajar sekolah rendah(darjah1-3)


objektif:

  • Supaya pelajar dapat mengenalpasti jenis -jenis haiwan di kawasan sejuk(artik)
  • Memberi pemahaman kepada pelajar tentang habitat asli binatang
  • Memupuk kesedaran pelajar terhadap isu persekitaran.

Berikut saya serta link kepada pengunjung sekiranya berminat ataupun sedang mencari idea  unutk mereka bentuk diorama yang menarik.banyak hasil senia dan idea  yang menarik boleh didapati di sini.



Jum belajar bahasa Isyarat

CIRI-CIRI KANAK-KANAK HILANG PENDENGARAN

Salam semua,

Kita bertemu lagi di blog ini,baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang ciri-ciri kanak-kanak hilang pendengaran.Mengetahui ciri-ciri utama yang dimiliki oleh mereka yang hilang pendengaran ini adalah merupakan antara aspek penting yang perlu dititikberatkan.Hal ini bukan sahaja bagi membantu guru atau ibubapa lebih memahami permasalahan yang dihadapi oleh mereka.tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu guru mengenalpasti kanak-kanak di dalam kumpulan pelajar tipikal yang juga berkemungkinan menghadapi masalah pendengaran.Pengesanan awal juga boleh dilakukan dengan cara mudah iaitu dengan hanya memerhatikan tindak balas yang kanak-kanak tunjukkan terhadap bunyi.Terdapat juga ciri-ciri lain yang boleh kita kenal pasti.Antaranya ialah:


Ciri-ciri kanak-kanak yang hilang pendengaran

  1. Kurang meberi perhatian
         kanak-kanak ini tidak terkejut dengan bunyi yang kuat.Mereka juga mungkin tidak mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi.Mereka juga tidak cuba meniru atau bertindak balas pada bunyi yang didengar pada usia 12 bulan.Berkemungkinan mereka tidak dapat mendengar atau tidak dapat memastikan bunyi yang didengarnya apabila mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun perhatian pada kita.


     2.Sukar mengikut arahan

      Kanak-kanak ini sukar mengikut arahan lisan.Mereka juga sukar memahami arahan yang mudah.Mereka akan lebih kerap bertanya dan meminta supaya arahana diulang atau tidak memberi perhatian kepda arahan atau pertanyaan guru.


     3.Selalu Berangan-angan

       Mereka yang tidak berupaya mendengara akan sering berangan-angan di dalam kelas serta kurang menumpukan perhatian terhadap sesuatu misalnya tidak memberi perhatian terhadap pengajaran dalam kelas.

     4.Cara percakapan yang janggal

         Kanak-kanak ini mungkin tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul seperti kanak-kanak lain.Kadangkala sebutan mereka tidak dapat difahami.Kebanyakan bunyi konsonan di dalam perkataan ditinggalkan dan pertuturan mengandungi bunyi-bunyi vokal sahaja contohnya "saya" di sebut "aya".


     5.Personaliti

        Kanak-kanak ini seringkali dilabel sebagai kanak-kanak degil kerana tidak mendengar kata,malas membuat kerja yang diarahkan ataupun digelar budak nakal kerana seringkali mengalihkan perhatian.Hal ini berlaku disebabkan kesukaran yang dialami untuk memahami arahan lisan yang diberikan menyebabkan mereka  lebih suka membuat hal mereka sendiri dan dilabel degil oleh guru.

   
      6.Masalah Kesihatan

          Kanak-kanak ini sering mengadu mengalami masalah kesihatan seperti sakit telinga,selesema,sakit tekak,dan tonsilitis.Masalah dan gangguan kesihatan ini biasanya berkaitan dengan pendengaran.


Secara ringkasnya,tindak balas yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran adalah mengikut tahap keseriusan kehilangan pendengaran yang mereka alami.

                 

Wednesday 28 November 2012

UJIAN DAN KLASIFIKASI KEHILANGAN PENDENGARAN

Salam sejahtera,


Apakah ujian pendengaran??ujian pendengaran/audiometri dilaksanakan untuk menguji tahap pendengaran seseorang.Ujian ini sangat penting bagi menentukan apa jenis bantuan alat pendengaran yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit.Mari kita lihat....


  1. Apakah Ujian Pendengaran?
  • ujian pendengaran boleh dijalankan dalam bilik biasa oleh G.P(General Practitioners atau pediatricians) tetapi anggaran dan hasilnya boleh dipertikaikan.
  • untuk hasil ujian yang lebih baik adalah diperolehi daripada 2 jenis kepakaran dalam bidang ini iaitu Audiologist atau otologist(diagnosis dan treatment).Namun begitu,audiologist bukanlah pakar perubatan(non-medical professional)dengan ijazah sarjana atau Doctorate yang dilatih untuk menilai pendengaran dan mempunyai pengetahuan mengenai jenis  kehilangan pendengaran.
  • Otologist adalah pakar bedah dengan pengkhususan mengenai(diagnosis and treatment)pengesanan dan rawatan penyakit telinga berkaitan dengan anggota tubuh badan
  • Bidang otologist kadangkala di sebut sebagai"ENT" yang bermaksud "telinga,hidung,dan tekak".Otologist mungkin membuat pengesanan sendiri atau ujian yang diambil audiologist.
  • Biasanya mereka(audiologist dan Otologist) tidak biasa dengan aspek-aspek  sosial&komunikasi kanak-kanak pekak.
  • Speech pathologist merupakan individu yang mempunyai pengetahuan dalam audiology tetapi lebih mengetahui mengenai organ-organ pertuturan dan bagaimana pertuturan dihasilkan.Namun begitu kita tidak boleh menganggap mereka adalah pakar dalam pekak(deafness)


          Jenis-Jenis Ujian Pendengaran
  1. Crib-o-gram(bayi)
  • ,ujian ini dijalankan bagi bertujuan membuat screening(saringan).Ia digunakan dihospital untuk menguji kehilangan pendengaran bayi yang baru lahir atau dalam rawatan rapi.
  • Alat ini tidak memberi ukuran yang tepat kerana bayi yang baru lahir tidak bertindak balas pada bunyi yang perlahan seperti bisikan tetapi bayi yang telah berumur beberapa minggu mungkin boleh bertindak balas seperti terperanjat ,pergerakan kepala atau berubah kelakuan apabila didedahkan dengan bunyi bising,muzik,atau pertuturan.Ukuran dari crib-o-gram hanya memberi gambaran kasar kehilangan pendengaran.
  • Jenis-jenis ujian screening yang lain untuk bayi ialah:
  • BOA=Behavioural Observation Audiometry.Ujian ini dijalankan melalui pemerhatian tindakbalas bayi terhadap bunyi.
  • VRA:Visual Reinforcement Audiometer.Ujian ini melibatkan pengukuhan tindakbalas menggunakan rangsangan penglihatan(visual)
  • ABR=Audiometry Brainstem Response adalah ujian yang menggunakan rangsangan elektrik mengenai  laluan saraf pendengaran
  • Impedence audiometry =ujian mengesan telinga tengah.
     2.Ujian Sound Field
  • Ujian pendengaran kepada kanak-kanak 12 bulan hingga 30 bulan.sound field test memperkenalkan ujian pendengaran dari rangsangan bunyi tanpa melalui earphone (melalui tuning fork/puppet show)
    3.Ujian Play Audiometry
  • kanak-kanak duduk bersama ibubapa dan pengkaji menggunakan puppet untuk menarik perhatian kanak-kanak dan kemudian rangsangan bunyi diberi sekiranya kanak-kanak mempunyai pendengaran dia akan menggerakkan kepala mencari arah bunyi.
    4.Ujian bunyi tulin/terus(direct sound test)
  • alat yang digunakan ialah audiometer ,ujian terus udara atau ujian melalui tulang(air conduction/bpone conduction) boleh dijalankan.Hasil ujian boleh direkodkan dalam audiogram.Ujian ini perlu dijalankan didalam bilik tara bunyi/acoustic room.Bagi kanak-kanak lebih 30 bulan ujian boleh dijalankan dengan rangsangan bunyi tulin(pure tone)melalui earphone.
    5.Audiometri Konduksi Tulang(Bone-Conduction Audiometry)
  • Ujian yang dilakukan untuk mengetahui tahap sensitiviti sensorineural pesakit.Terdapat 3 situasi yang berlaku dalam audiometri konduksi tulang,iaitu distortional bone conduction ,inertial bone conduction,dan osseotympanic bone conduction.
     6.Evoke Response Audiometry(ERA)
  • Ujian ini sesuai dijalankan untuk individu yang tidak boleh memberi tindak balas secara sukarela.teknik ini melibatkan pengukuran perubahan gelombang otak dengan menggunakan"electroenceceephalograph" terhadap bunyi.Bunyi yang didengar akan mewujudkan isyarat elektrik dalam otak.Apabila sesuatu bunyi diterima oleh telinga normal,satu impuls elektrik dijalankan oleh koklea,saraf seterusnya ke otak.Impuls itu dapat diukur komputer melalui elektrod-elektrod yang diletakkan di bahagian kepala atau telinga tertentu.

Apa yang akan diperiksa semasa ujian pendengaran?

Ujian pendengaran akan dilakukan dalam bilik kedap bunyi,Audiologist akan cuba memahami sejarah telinga dan gaya hidup pesakit.Kemudian akan memeriksa telinga pesakit dan memeriksa pendengaran dengan cuba memberi bunyi nada tulen(pure tone) melalui fon kepala.Selepas itu,keputusan ujian serta penyelesaian untuk masalah pendengaran akan dikemukakan-contohnya sama ada alat bantuan pendengaran diperlukan atau tidak.

    


PERALATAN AUDIOMETRI




JOM BELAJAR BAHASA ISYARAT

Salam sejahtera,


Apa itu bahasa isyarat??Kita seringkali melihat orang pekak berbahasa isyarat dengan pelbagai gaya dan mempunyai makna.Malah,ia membuatkan kita terpegun dengan gaya dan isyarat yang dilakukan oleh golongan orang pekak atau mereka yang normal yang mengetahui bahasa isyarat.Apa itu bahasa isyarat??Sebenarnya banyak bahasa isyarat yang telah kita gunakan dalam kehidupan seharian,termasuklah bahasa badan.Sebagai contoh,isyarat mata menjeling ketika memandang sinis kepada orang,makan,minum,cekak pinggang pabila marah dan sebagainya.Namun begitu,isyarat tersebut bukanlah suatu bahasa dan ia tidak digunakan dalam kehidupan seharian.

Berbalik kepada bahasa isyarat,kita boleh merujuk bahasa isyarat ini kepada ciri-ciri bahasa.iaitu mempunyai sistem perlambangan,dimiliki,diperturunkan,mempunyai arbitrari,serta mampu menyatakan segala hal.Sebagai contoh,bahasa Melayu,kita dapat melihat bahasa melayu mempunyai kesemua ciri-ciri tersebut.Oleh ittu,bahasa melayu boleh dikatakan sebagai suatu bahasa.Tetapi bagaimana pula dengan bahasa isyarat,jika diselidik,bahasa isyarat yang digunakan mempunyai kesemua ciri-ciri bahasa tersebut.Selain itu,dari segi perlambangan,bahasa isyarat ada menyatakan sesuatu peristiwa dan sebagainya serta mempunyai arbitrari.Bahasa isyarat juga dimiliki oleh orang pekak dan diperturunkan serta diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Apa Jenis Bahasa Isyarat yang digunakan?

Di Malaysia,bahasa isyarat turut mempunyai kod bahasa yang tersendiri.Ini adalah berdasarkan pengunaan sesuatu bahasa di sesebuah negara.



  • Bahasa Isyarat Malaysia(Malaysian Sign Language)


MySL ini selalu digunaka oleh orang pekak di Malaysia.Boleh dikatakan ia adalah bahasa ibunda bagi orang pekak di Malaysia.MySL meupakan bahasa yang mudah digunakan oleh orang pekak..Selain itu,MySL  mempunyai tatabahasa dan peraturannya sendiri.Oleh itu,dengan menggunakan MySL orang pekak mampu  atau boleh berkomunikasi dengan baik dan dapat memberi pemahaman kepada mereka.Namun begitu,bagi orang normal agak sukar untuk menguasainya kerana tatabahasa dan peraturannya berbeza dengan bahasa melayu.

  • Kod Tangan Bahasa Melayu(KTBM)
Kod tangan bahasa melayu ditubuhkan pada tahun 1978.Namun begitu,KTBM bukanlah bahasa umum dan bukan merupakan bahasa isyarat bagi orang pekak.tetapi digunakan dalam tatabahasa melayu.Dalam maksud yang lain,KTBM digunakan apabila terdapat terjemahan daripada lisan(suara) kepada visual(tangan) dalam tatabahasa melayu.Namun begitu terdapat pro dan kontra apabila menggunakan KTBM.Kebaikannya ialah orang pekak dapat memahmai struktur tatabahasa melayu.Manakala,kelemahannya ialah melamabatkan proses komunikasi kerana terdapat imbuhan dan sebagainya serta memberi kekeliruan kepada mereka.

  • American Sign Language(ASL)
ASL digunakan oleh orang pekak di Amerika.Terdapat  sedikit persamaan antara MySL dan ASL namun telah disesuaikan penggunaannya.Seperti bahasa melayu,terdapat pinjaman perkataan daripada bahasa jawa,portugis dan sebagainya,Namun begitu,ASL lebih maju kehadapan berbanding MySL.Hal ini kerana ASL memiliki perubahan penggunaan dan tatabahasa serta pertambahan pebendaharaan baru.

  • Pertuturan Kiu
Pertuturan Kiu mempunyai keistimewaannya kerana menggunakan isyarat tangan bagi membolehkan orang pekak bercakap.Pertuturan kiu menggunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian.Selain itu,bentuk-bentuk yang dilambangkan(kiu) ditentukan pada kawasan dimana bentuk tangan menentukan bunyi-bunyian tangan.Misalnya  8 bentuk tangan membentuk huruf konsonan  4 bentuk tangan membentuk huruf vokal.Seterusnya pertuturan kiu menggunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian.



A
Berikut adalah gambar bahasa isyarat yang mudah digunakan

 ASSALAMUALAIKUM




 TERIMA KASIH


KOD HURUF BAHASA ISYARAT




WA ALAIKUMUSSALAM