Apakah ujian pendengaran??ujian pendengaran/audiometri dilaksanakan untuk menguji tahap pendengaran seseorang.Ujian ini sangat penting bagi menentukan apa jenis bantuan alat pendengaran yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit.Mari kita lihat....
- Apakah Ujian Pendengaran?
- ujian pendengaran boleh dijalankan dalam bilik biasa oleh G.P(General Practitioners atau pediatricians) tetapi anggaran dan hasilnya boleh dipertikaikan.
- untuk hasil ujian yang lebih baik adalah diperolehi daripada 2 jenis kepakaran dalam bidang ini iaitu Audiologist atau otologist(diagnosis dan treatment).Namun begitu,audiologist bukanlah pakar perubatan(non-medical professional)dengan ijazah sarjana atau Doctorate yang dilatih untuk menilai pendengaran dan mempunyai pengetahuan mengenai jenis kehilangan pendengaran.
- Otologist adalah pakar bedah dengan pengkhususan mengenai(diagnosis and treatment)pengesanan dan rawatan penyakit telinga berkaitan dengan anggota tubuh badan
- Bidang otologist kadangkala di sebut sebagai"ENT" yang bermaksud "telinga,hidung,dan tekak".Otologist mungkin membuat pengesanan sendiri atau ujian yang diambil audiologist.
- Biasanya mereka(audiologist dan Otologist) tidak biasa dengan aspek-aspek sosial&komunikasi kanak-kanak pekak.
- Speech pathologist merupakan individu yang mempunyai pengetahuan dalam audiology tetapi lebih mengetahui mengenai organ-organ pertuturan dan bagaimana pertuturan dihasilkan.Namun begitu kita tidak boleh menganggap mereka adalah pakar dalam pekak(deafness)
Jenis-Jenis Ujian Pendengaran
- Crib-o-gram(bayi)
- ,ujian ini dijalankan bagi bertujuan membuat screening(saringan).Ia digunakan dihospital untuk menguji kehilangan pendengaran bayi yang baru lahir atau dalam rawatan rapi.
- Alat ini tidak memberi ukuran yang tepat kerana bayi yang baru lahir tidak bertindak balas pada bunyi yang perlahan seperti bisikan tetapi bayi yang telah berumur beberapa minggu mungkin boleh bertindak balas seperti terperanjat ,pergerakan kepala atau berubah kelakuan apabila didedahkan dengan bunyi bising,muzik,atau pertuturan.Ukuran dari crib-o-gram hanya memberi gambaran kasar kehilangan pendengaran.
- Jenis-jenis ujian screening yang lain untuk bayi ialah:
- BOA=Behavioural Observation Audiometry.Ujian ini dijalankan melalui pemerhatian tindakbalas bayi terhadap bunyi.
- VRA:Visual Reinforcement Audiometer.Ujian ini melibatkan pengukuhan tindakbalas menggunakan rangsangan penglihatan(visual)
- ABR=Audiometry Brainstem Response adalah ujian yang menggunakan rangsangan elektrik mengenai laluan saraf pendengaran
- Impedence audiometry =ujian mengesan telinga tengah.
2.Ujian Sound Field
- Ujian pendengaran kepada kanak-kanak 12 bulan hingga 30 bulan.sound field test memperkenalkan ujian pendengaran dari rangsangan bunyi tanpa melalui earphone (melalui tuning fork/puppet show)
3.Ujian Play Audiometry
- kanak-kanak duduk bersama ibubapa dan pengkaji menggunakan puppet untuk menarik perhatian kanak-kanak dan kemudian rangsangan bunyi diberi sekiranya kanak-kanak mempunyai pendengaran dia akan menggerakkan kepala mencari arah bunyi.
4.Ujian bunyi tulin/terus(direct sound test)
- alat yang digunakan ialah audiometer ,ujian terus udara atau ujian melalui tulang(air conduction/bpone conduction) boleh dijalankan.Hasil ujian boleh direkodkan dalam audiogram.Ujian ini perlu dijalankan didalam bilik tara bunyi/acoustic room.Bagi kanak-kanak lebih 30 bulan ujian boleh dijalankan dengan rangsangan bunyi tulin(pure tone)melalui earphone.
5.Audiometri Konduksi Tulang(Bone-Conduction Audiometry)
- Ujian yang dilakukan untuk mengetahui tahap sensitiviti sensorineural pesakit.Terdapat 3 situasi yang berlaku dalam audiometri konduksi tulang,iaitu distortional bone conduction ,inertial bone conduction,dan osseotympanic bone conduction.
6.Evoke Response Audiometry(ERA)
- Ujian ini sesuai dijalankan untuk individu yang tidak boleh memberi tindak balas secara sukarela.teknik ini melibatkan pengukuran perubahan gelombang otak dengan menggunakan"electroenceceephalograph" terhadap bunyi.Bunyi yang didengar akan mewujudkan isyarat elektrik dalam otak.Apabila sesuatu bunyi diterima oleh telinga normal,satu impuls elektrik dijalankan oleh koklea,saraf seterusnya ke otak.Impuls itu dapat diukur komputer melalui elektrod-elektrod yang diletakkan di bahagian kepala atau telinga tertentu.
Apa yang akan diperiksa semasa ujian pendengaran?
Ujian pendengaran akan dilakukan dalam bilik kedap bunyi,Audiologist akan cuba memahami sejarah telinga dan gaya hidup pesakit.Kemudian akan memeriksa telinga pesakit dan memeriksa pendengaran dengan cuba memberi bunyi nada tulen(pure tone) melalui fon kepala.Selepas itu,keputusan ujian serta penyelesaian untuk masalah pendengaran akan dikemukakan-contohnya sama ada alat bantuan pendengaran diperlukan atau tidak.
PERALATAN AUDIOMETRI