Monday, 29 October 2012

Pengenalan Kepada Masalah Pendengaran

Apa yang dikatakan sebagai pekak?Ia adalah tidak lebih daripada ketidakupayaan untuk mendengar malah untuk berkomunikasi juga.Walaubagaimanapun,mereka juga seperti manusia normal yang mempunyai akal dan boleh berdikari.Apa yang membezakan mereka dengan orang biasa adalah kelainan mereka yang tidak upaya untuk bercakap.

Justeru,pernahkah anda  bayangkan dunia ini sepi tanpa bunyi,bagaimanakah anda hendak berkomunikasi dengan orang lain tanpa suara.Bagaimanakah hidup anda jika anda tidak mendengar apa-apa langsung sepanjang hidup anda.Pernahkah juga anda terfikir di mana titik permulaan mereka belajar berinteraksi dengan orang lain,belajar dan seterusnya bagaimana mereka boleh melalui proses pembelajaran yang berlainan dengan orang normal.

Segala persoalan ini sangat penting untuk diterokai dan dicari jawapannya jika anda benar-benar ingin membantu mereka membina kehidupan yang bermakna.sehubungan itu,perbincangan tentang ciri-ciri mereka yang bermasalah pendengaran akan memberi pendedahan ringkas berkaitan isu yang dibincangkan ini

Sebagai maklumat asas,kita perlu mengetahui definisi atau maksud istilah Ini kerana terdapat kekeliruan dalam penggunaan istilah itu.Hal ini juga sangat penting sekiranya anda adalah bakal guru ataupun guru yang berhadapan dengan mereka.


Definisi.

Sebelum penggunaan istilah bermasalah pendengaran,istilah" pekak dan bisu",cacat pendengaran dan tuli sering digunakan kepada mereka yang mengalami kehilangan pendengaran teruk dan sangat teruk.Ia juga membawa satu stigma negatif dan kurang disenangi oleh masyarakat.

Oleh yang demikian,istilah bermasalah pendengaran digunakan untuk menggantikan istilah pekak,cacat pendengaran,tuli, dan pekak bisu.

Istilah bermasalah pendengaran adalah istilah lazim yang digunakan oleh  pihak perubatan kerana individu yang dilabel sebagai pekak adalah tidak pekak sepenuhnya kerana mereka masih mempunyai sisa(residual)pendengaran(Clark,1999)

Menurut Bee(2007),individu bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadap kesukaran untuk mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.Seterusnya,wujud juga definisi dari perspektif  bahasa oleh Asmah(1986) menyatakan individu yang bermaslah pendengaran ialah mereka yang dilahirkan dengan kecacatan deria pendengaran yang menyebabkan ia tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar serta menghayati pemikiran serta budaya melalui bahasa.

Definisi bagi masalah pendengaran dan pekak juga boleh dikaitkan dengan  dua perkataan,iaitu:

  • frekuensi
  • intensiti/amplitud
Mengapa ia berkaitan dengan masalah pendengaran??

ini kerana bunyi itu sendiri diukur dengan dengan frekuensi serta amplitud.

Frekuensi

Bunyi dihantar sebagai gelombang dalam medium seperti udara.Zarah udara akan termampat dan mengganggu zarah lain,membolehkan pemindahan tenaga berlaku.Gangguan ini dikesan oleh telinga manusia dan oleh itu kita boleh mendengar bunyi tersebut.

Frekuensi ialah kekerapan kadar gelombang bunyi bergetar dalam unit masa yang ditetapkan.Ia biasanya dinyatakan sebagai kitaran per sesaat(c.p.s-cycles per second).Di sesetengah negara misalnya UK menggunakan istilah Hertz(Hz).bunyi frekuensi juga dilihat sebagai nada.Gelombang bunyi yang bergetar laju dilihat sebagai bunyi nada tinggi,manakala,getaran gelombang yang rendah adalah bunyi nada rendah.Telinga manusia biasanya boleh mendengar bunyi antar 60 hingga 60000 c.p.s.Ia sangat bertindakbalas kepada bunyi antara 500 dan 4000 c.p.s.Bunyi ucapan atau pertuturan merupakan bunyi yang menduduki band yang paling bertindakbalas dan melibatkan beberapa frekuensi.Vokal misalnya melibatkan pelbagai frekuensi yang rendah manakala geseran seperti "s","f","th"dan "th" cenderung kepada nada tinggi.Jika individu tersebut hilang pendengaran,maka kebolehannya untuk mengesan bunyi konsonan,dan vokal sangat lemah.Ini kerana bunyi konsonan lebih mudah difahami,malah kehilangan pendengaran berfrekuensi tinggi biasanya lebih serius.


Intensiti/Amplitud

Pengkategorian dalam masalah pendengaran biasanya berkaitan dengan amplitud.Keamatan bunyi dikaitkan dengan kenyaringan(loudness) dan di ukur dalam skala Desibel(dB).Dalam skala ini, bunyi yang paling tenang didengar di beri nilai 0 dB dan bunyi yang paling nyaring di beri nilai 140 dB.Perbualan biasa selalunya antara 40 hingga 50 dB.Individu yang bermasalah pendengaran hingga 25 dB boleh dikategorikan sebagai pendengaran normal.Masalah pendengaran diukur dalam skala dB berdasarkan kehilangan dB.Berikut adalah klasifikasi masalah pendengaran mengikut tahap tertentu:

  • biasa(normal):15-25dB
  • Ringan:25-40dB
  • Sederhana:40-65dB
  • Teruk(severe):65-95dB
  • Sangat teruk(profound):95dB ke atas.
Perbezaan antara kategori teruk dan sangat teruk adalah sangat penting dinilai untuk komunikasi,Individu yang mengalami kehilangan pendengaran sebelum pertuturan  sangat sukar berkomunikasi dan mengembangkannya disebabkan oleh ketidakupayaan mereka.Manakala,individu yang berpengalaman dalam mendengar dan bertutur sebelum hilang pendengaran masih boleh menggunakan komunikasi lisan atau bahasa isyarat.

Monday, 22 October 2012


     Salam semua,bertemu kita pada pertama kali di ruangan blog ini untuk semester ini setelah sekian lama tidak berblogger.Semestinya ramai di antara kita yang suka membaca blog dan memilikinya.Malah banyak lagi blog yang menarik lagi menawan yang berjaya menambat hati pengunjung untuk membaca..Yaa..sudah tentu blogger tersebut memiliki kemahiran multimedia dan berjaya mengaplikasikannya ke dalam blog mereka.Begitu juga dengan saya,saya mereka blog ini bukan sekadar untuk mengisi masa lapang saja,malah ini adalah sebahagian daripada tugasan untuk subjk Teknologi Pendidikan yang saya ambil.Maka,saya perlu membuat blog selaras dengan objektif subjek tersebut.Jadi,kita jumpa di entri yang seterusnya..Byee...